Ada Apa Dengan Shopee

ADA APA DENGAN SHOPEE

Shopee adalah salah satu e-commerce atau market place yang sangat selamat untuk pembeli dan penjual. Contoh e-commerce lain yang biasa kita dengar ialah Lazada, Zalora, Mudah. Shopee tidak boleh dibandingkan dengan IG dan FB. Ini kerana IG & FB bukan e-Commerce ianya adalah Social Media.

Namun e-commerce dan social media boleh saling bantu membantu. Bagaimana caranya? Shopee memerlukan social media untuk melebarkan lagi sayap pemasaran (marketing). Social Media memerlukan Shopee untuk pemudahcara dalam urusan jual beli.

Ramai pembeli Malaysia telah beralih kepada Shopee kerana mudah dalam segi urusbelinya. Ia terbukti kerana pada tahun 2018, Shopee telah ada 10juta penguna yang berdaftar. Ada penjual dah mula berniaga di Shopee belum? Jika belum jangan tunggu lagi lekas daftar dan menjual sekarang.

Selain itu Shopee juga telah menawarkan PENGHANTARAN PERCUMA (Free Shipping) kepada penjual yang berniaga di Shopee namun tertakluk pada terma dan syarat. Nak tahu terma dan syaratnya? Nanti akan di beritahu dengan lebih jelas. Masih tertanya-tanya dimana Shopee dapat dana? Shopee telah mendapat dana daripada GARENA dan KHAZANAH untuk jalankan Shopee di Malaysia.

Buat masa ini penghantaran percuma yang di tawarkan oleh pihak Shopee hanya mengunakan servis penghantaran POSLAJU dan DHL .

Kenapa mesti Shopee bukan e-commerce lain? Dari pengalaman kami untuk menjadi penjual di Shopee;

  • Tidak memerlukan SSM

Ini adalah salah satu sebab kenapa ramai penjual di Shopee.

 

  • Tidak memerlukan stok yang banyak

Stok barang anda boleh setkan sendiri.

 

  • Tidak perlu ada kontrak bertulis dengan syarikat e-commerce tersebut.

Tiada sebarang kontrak bertulis dengan pihak Shopee.

 

  • Dropship pun boleh berniaga di Shopee

Ha yang ni kena ada ilmu lebih jika nak selamat. Jangan sesekali mendropshipkan diri sendiri dalam Shopee dan jual di shopee. Kenapa? Akan di ceritakan nanti.

 

  • Tidak memerlukan current account /akaun semasa (bank)

Boleh setkan akaun simpanan atau akaun semasa  di Shopee .

 

  • Tiada sebarang pembayaran yang perlu dibayar kepada pihak Shopee

Ia tiada sebarang komisyen atau yuran yang perlu di bayar pada pihak Shopee. Seronok bukan?

 

  • Scammer mudah untuk dikenalpasti.

Bagaimana nak kenal pasti scammer? Bila mereka chat dalam bahasa English, minta berurusan di luar Shopee dan akaun baru aktif beberapa jam lalu.

 

  • E-commerce yang terjamin selamat

 

Leave a Comment

error: